"Seaweed Big Bang, Tao Kae Noi Halal @ Haram ?"
Assalamualaikum w.b.t,
Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ingin memaklumkan kepada masyarakat
berhubung maklumat yang telah disebarkan secara meluas khasnya melalui
media sosial berhubung kod E yang dikaitkan mempunyai lemak babi.
Untuk makluman, KOD E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan ianya
selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Bahan
aditif ialah bahan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke
dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti
penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.
Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa
(International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh
Jawatankuasa Codex Alimentarius. Ia adalah koleksi pelbagai standard,
kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan
makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk
menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika
dijalankan.
Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang
boleh dimakan kerana hanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar
untuk digunakan. Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di
Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.
PENGKELASAN NOMBOR E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF
E100 - E199 - Warna
E200 - E299 - Pengawet
E300 - E399 - Oksidan - Fosfat - Antioksida - PengawalAsid
E400 - E499 - Pemekat - Pelembap - Penstabil - Emulsifier
E500 - E599 - Garam - Regulator Asid - AgenPenghalangKerak
E600 - E699 - PenambahPerisa
E900 - E999 - Pemanis - Bahan-bahan lain
E1000- E1999 - Bahan Kimia Tambahan
Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu
produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini
boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan
haiwan. Contoh Nombor E yang paling kerap ditanya oleh orang
ramai adalah E471. Ia adalah sejenis pengemulsi iaitu mono dan
digliserida. Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari
gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya
minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. Ramuan ini secara umumnya ialah
sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak
semulajadi yang boleh dihadam.
Dalam memastikan sumber yang kita makan adalah terjamin,masyarakat harus peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan.Pihak industri makanan dan barang gunaan pula
bertanggungjawab untuk mengenal pasti status sumber aditif makanan yang
digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna
Islam. Manakala Bahagian Hab Halal, Jakim akan
memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengishtihar kesemua
ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh
(seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisis makmal).
Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk
tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh
digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai kod E-kod. Tetapi sekiranya
produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil
pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan e-kod yang sama, pengguna
dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
Ketua Pengarah JAKIM
Wallahua'lam
2 comments:
Salam.. Kalau produk luar tempatan ada tanda halal dia sendiri tu mcm mana? Contohnya seaweed big bang tu halal cop thailand, boleh tak dimakan?
Kalau E 631 mcm mane ye?
Post a Comment