Ketahui Makanan Termahal Di Dunia Yang Anda Langsung Tak Sangka!
Ini adalah senarai 10 makanan termahal di dunia sangat rare dan jarang
dijumpai. Mungkin ada segelintir pencinta makanan yang tidak kisah
menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar
didapati di restoran biasa.
1. Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)
Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal
di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial
menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu
ringgit.

2. Almas Beluga Kaviar – AS$28,000 (RM93,701)
Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya
ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang
diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

3. Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)
Ia dianggap sebagai ‘raja buah’ kerana rasanya yang manis dan sempurna.
Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari
daerah Yubari di Jepun.

4. Tembikai Hitam Densuke – AS$6,100 (RM20,407)
Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun.
Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.

5. Pizza Royale 007’ – AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon
Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada
kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.

6. Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar ‘khazanah makanan laut’ berasal dari Bombay Brasserie
ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara
bersalut emas, abalone dan ketam devon.

7. Wagyu Steak – AS$2,800 (RM9,374)
Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di
seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding
daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan
ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.

No comments:
Post a Comment