Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk
perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang
menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan
petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin
dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari
berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam
tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,
lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini
berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan
sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas
dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak
beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika
boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak
panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa
suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan
memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana
ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’
setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau
malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
No comments:
Post a Comment