
Dalam kerancakkan AJL29 ini ada sesuatu yang tidak enak didengar dalam siaran lansung yang dilancarkan tersebut. Ramai peminat agak terganggu dengan iklan-iklan penaja utama yang dianggap keterlaluan diselitkan dengan siaran AJL29.
Ramai peminat AJL menyuarakan tidak puasa hati dalam hal ini termasuk seorang chef selebriti terkenal iaitu Chef Wan ataupun nama sebenarnya Redzuwan Ismail.


Perkara ini diluahkan didalam akaun instagram Chef Wan yang berbunyi.
"I was trying to watch the Juara Lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that suddenly become a huge turn off that i actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all.
There this penyakit with Msian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do!
Pekak ke atau buta ke kita ni penuntun jika di ajuk kan sekali dua bahan putih itu noy to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again. So distasteful.How can the branding and marketing dept of MediaP. Allowed such thing to go on?
I remembered years ago i had a big fight with the Nestle Team while doing my Maggi” Hey Good cooking” serie.She the head of Marketing bernama Jenny.
I was asked to mentioned Maggini almost every line saya bercakap..Mketchup tomato..MKrtchup Chili sauce..MKetchup sauce tiram etc…asal tertinggal Maggee kena repeat balik.
After a few show i got irritated and confronted her and her team. Its insane to mentioned so many time the word maggi ni as thought my penuntun di rumah tu Pekak!
Dah la logo Maggi tu sebesar2 yang amat di belakang saya tu.buta kan mata penuntun not to know my cookshow is sponsored by Maggi?
I was told by their marketing people since they paid me to do the job i should just follow what they say!
Wah masa tu darah saya menyirap…dah la atas meja tu mereka susun segala botol sauce..nescafe etc mcm ” Great Wall of China”..u know what i ” f…” all of them in their bloody face pushed all the botol on the floor habis pecah bersepai.Went back home and after that season refused to every cook with any Maggi product on TV ever2 again.biar pun sampai saya mati masuk ke lubang kubur!
That is why after that they took Chef Florence and Chef Ismail as their spokeman. For me Never again!Actually RTM lost alot of nestle revenue to be honest when i decided to walk away!
I hate being abused by people!"
Panjang lebar Chef Wan ulas menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan syesen TV tersebut yang dilihat tidak mengutamakan langsung keselesaan penonton dan peminat.
Pendapat admin dalam hal ini, strategi iklan yang dibuat oleh syarikat Qu Puteh yang diasaskan oleh Datuk Dr Hasmiza Othman adalah tepat tetapi beliau sepatutnya membuat iklan yang tidak membuatkan orang "menyampah" walaupun diulang berkali-kali.
Di masa hadapan harap sangat pihak stesen TV yang terlibat dapat menitik beratkan hal ini dan juga harapan kepada stesen TV lain. Ya, memang tidak dinafikana iklan adalah sumber pendapatan utama untuk stesen TV tetapi jangan kerana mengejar keuntungan keselesaan penonton setia diabaikan
jkjhhhhhPatah hati bukan sekadar metafora bagi menggambarkan kesedihan dan keperitan emosi yang dialami seseorang disebabkan kehilangan orang yang tersayang, sebaliknya ungkapan itu adalah sindrom masalah jantung sementara menyerupai serangan jantung yang boleh mengancam nyawa.
Sindrom patah hati adalah gangguan sementara dialami otot jantung disebabkan tindak balas organ penting berkenaan terhadap sejumlah hormon adrenalin yang dirembeskan ketika seseorang mengalami tekanan emosi atau fizikal yang teruk.
Akibatnya, otot jantung tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu mengepam secara normal dan keadaan ini dikenali sebagai kardiomiopati. Kegagalan otot jantung mengepam dengan baik membawa kepada penyempitan arteri yang membekalkan darah kepada jantung.
Apabila arteri menjadi sempit, darah tidak dapat dialirkan ke jantung dengan sempurna, menyebabkan ventrikel kiri jantung menggelembung seperti belon dan penghidapnya akan mengalami gejala menyerupai serangan jantung seperti sakit dada dan sesak nafas.
Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Lim Bee Chian berkata, sindrom patah hati bukan saja disebabkan seseorang mengalami trauma teruk seperti kehilangan orang tersayang, kerugian harta benda atau dibuang kerja.
Malah, sindrom ini turut dicetuskan apabila seseorang terlalu gembira misalnya apabila dikejutkan dengan majlis hari jadi atau memenangi hadiah. Seseorang yang menjadi gugup dan mengalami tekanan kerana diminta berucap di khalayak ramai juga boleh menghadapi sindrom sama.
Selain itu, ubatan yang diambil untuk merawat penyakit seperti serangan asma, alahan yang teruk, masalah saraf akibat diabetes, kemurungan dan kelenjar tiroid bermasalah juga mendatangkan kesan sampingan yang melemahkan otot jantung.
“Sindrom ini walaupun menyerupai serangan jantung, ia sebenarnya bukan penyakit jantung. Serangan jantung biasanya disebabkan arteri jantung tersumbat akibat darah beku yang terbentuk akibat pemendapan lemak dalam pembuluh darah (arterosklerosis).
“Namun dalam situasi patah hati, arteri jantung tidak tersumbat tetapi ia mengecil, menyebabkan aliran darah berkurangan, seterusnya otot jantung mengalami gangguan.
“Dalam kes tertentu, patah hati boleh mengancam nyawa kerana sindrom ini turut mencetuskan gangguan ritma jantung dan kegagalan jantung berfungsi,” katanya.
Dr Lim berkata, sindrom patah hati kali pertama dikesan pada 1990 di Jepun dan dikenali sebagai kardiomiopati Takotsubo. Dalam bahasa Jepun, takotsubo adalah pasu perangkap sotong dan sindrom ini dinamakan sempena pasu berkenaan kerana ventrikel kiri jantung yang menggelembung menyerupai pasu itu yang berbentuk bujur.
“Sindrom patah hati boleh berlaku pada sesiapa saja yang mengalami tekanan perasaan hebat tanpa mengira umur dan jantina. Namun, sindrom ini biasa dialami wanita berusia 50 tahun ke atas disebabkan pada usia ini paras hormon estrogen yang melindungi jantung daripada kesan sampingan hormon tekanan mula berkurangan.
“Mereka yang mengalami sindrom patah hati akan sembuh dengan cepat selepas tekanan emosi dan fizikal yang dialami mula berkurangan dan biasanya masa yang diambil untuk pulih semangat antara seminggu hingga lapan minggu. Bagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku, sindrom patah hati boleh menyebabkan maut.
“Komplikasi lain disebabkan sindrom patah hati seperti edema pulmonari iaitu cecair berkumpul dalam paru-paru akibat ventrikel kiri jantung gagal berfungsi. Darah yang tidak dialirkan dengan baik menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke tisu badan.
“Tekanan darah rendah (hipotensi) juga berlaku, selain gangguan pada degupan jantung. Walaupun sindrom patah hati adalah masalah jantung sementara, ia boleh berulang jika mengalami tekanan emosi lagi,” katanya.
Dr Lim berkata, ujian dan diagnosis terhadap pesakit dengan sindrom patah hati sama dengan yang dijalankan terhadap penghidap sakit jantung, terutama pemeriksaan dada mengguna sinar X atau ekokardiogram (echo) bagi melihat sama ada jantung kiri mengembang atau kelainan pada paru-paru.
“Pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) juga dijalankan bagi mengesan kelainan pada degupan jantung yang menjadi komplikasi kepada sindrom patah hati.
“Doktor juga akan menyoal selidik sejarah pesakit sama ada mengalami peristiwa menyedihkan kerana dianggarkan satu hingga dua peratus pesakit yang menjalani pemeriksaan berkenaan selepas disyaki sakit jantung sebenarnya mengalami sindrom patah hati,” katanya.
Penghidap sindrom patah hati biasanya juga diberi rawatan bagi mengurangkan keperitan akibat gejala atau komplikasi yang timbul berikutan masalah jantung ini berlaku sementara disebabkan tekanan emosi yang boleh dipulihkan dengan bersikap positif.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24417#sthash.i5o9gI5j.dpuf
No comments:
Post a Comment