
assalammualaikum
sering kali kita melihat filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,tetapi kita jangan lupa bahawa selain dari beliau,ada lagi insan seni yang bernama AR Tompel.Pada sesiapa yang mengetahui sejarah hidup Allahyarham AR Tompel,boleh lah kongsi bersama-sama kerana saya begitu berminat utk mengetahuinya.
Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis
Jarang tersenyum walaupun sering membawa watak komedi
KADANG kala kita boleh keliru apabila melihat riak wajah AR Tompel dalam filem lakonannya. Kita berasakan filem seperti Keluarga 69 (1966), Anak Bapak (1966), Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Ahmad Albab (1968) dan Laxemana Do Re Mi (1972), hanya filem komedi semata-mata.
TRIO SERASI: Tompel (tengah) bersama P Ramlee dan
Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.
Tetapi, sekiranya diamati cara lakonan, gerak geri dan mimik muka serta dialognya dia memang kelihatan serius. Dia jarang tersenyum atau ketawa dalam filem yang dibintanginya, sedangkan beliau melakonkan watak komedi. Ada yang berpendapat, corak komedi Tompel sebenarnya kasar, keras dan sangat sinis.
Dalam sejarah filem Melayu klasik, Tompel secara ringkasnya, bukanlah calang-calang orang.
Dilahirkan pada 1917 di Indonesia, Tompel, sebelum melangkah ke layar perak, sudah bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.
Nama sebenarnya, Aman Ramli Jaafar. Beliau mula terbabit dalam perfileman pada penghujung 1940-an dengan menyertai Malay Film Production (MFP) milik Shaw Brothers.
Antara filem awalnya ialah Nilam (1949), Aloha (1950), Rachun Dunia (1950), Dewi Murni (1950), Bapa Saya (1951) dan Pulau Mutiara (1951). Kebanyakannya sebagai pelakon pembantu iaitu pelawak atau penjarah (penjahat), tetapi pelawak dianggap paling serasi. Menjadi pelawak, beliau kerap digandingkan dengan pelakon komedi terkenal waktu itu seperti D Haris dan Siti Tanjung Perak.
Pada 1948, pengarah BS Rajhan membimbing Tompel dengan kerja sebagai penulis skrip dan pengarahan filem, serta berkawan baik kepada P Ramlee. Sejak itu, keinginannya untuk menjadi pengarah filem meluap-luap.
Peluang itu datang melalui studio baru ditubuhkan di Bukit Timah, Singapura iaitu Nusantara Film Production. Beliau menulis skrip dan mengarah filem Perkahwinan Rahsia pada 1951, sekali gus menjadi anak Melayu pertama pengarah filem Melayu di Singapura.
Sebelum mengarahkan Perkahwinan Rahsia, Nusantara Film mahu beliau mengarahkan filem Fatimah. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham dengan syarikat Nusantara mengenai bayaran, Tompel menarik diri daripada mengarahkan filem itu.
Filem Fatimah diserahkan kepada Haji Mahadi. Haji Mahadi kemudian menukar nama Fatimah itu kepada Permata Di Perlimbahan dan diterbitkan syarikat MFP.
Ini menjadikan Haji Mahadi anak Melayu pertama mengarahkan filem di MFP pada 1952. Dalam filem Permata Di Perlimbahan, Haji Mahadi memberi kesempatan kepada Nordin Ahmad dan Maria Menado sebagai pelakon utama.
Tompel secara senyap-senyap terus membantu Nusantara Filem sedangkan beliau masih ada kontrak dengan MFP. Beliau sempat mengarahkan enam filem, iaitu Norma (1951), Sesal Tak Sudah (1952), Chinta Murni (1952), Sehati Serasa (1953) dan Seniati (1953).
Bagaimanapun, tindakannya dapat dikesan dan dipanggil bertemu pegawai syarikat MFP. Beliau memutuskan untuk bersama Nusantara, menyiapkan filem arahannya.
Apabila Nusantara Film ditutup pada pertengahan tahun 50-an, Tompel menyepikan diri. Beliau kembali bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan.
Beliau kemudian muncul semula di layar perak pada awal 1960-an bersama penubuhan Merdeka Studio di Hulu Klang, Ampang. Di studio ini, Tompel berlakon filem Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1962) dan Selendang Merah (1962).
Pada tahun 1961, Tompel diberi peluang oleh Studio Merdeka mengarahkan filem komedi berjudul Abu Nawas. Filem ini diadaptasi daripada teks sastera Timur Tengah. Malangnya, filem itu tidak mendapat sambutan menyebabkan Tompel menyepikan diri sekali lagi.
Beliau membuat kemunculan semula di layar perak kali kedua pada 1966. Kali ini beliau bergandingan dengan P Ramlee dan Ibrahim Din. Kebetulan P Ramlee masih berminat menghasilkan filem ala-Bujang Lapok.
Lalu, Tompel menjadi sebahagian daripada orang penting P Ramlee. Bergandingan dengan Ibrahim Din, mereka menjadi trio untuk filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.
Sejak itulah Tompel sering menjadi pilihan P Ramlee dalam filem arahannya seperti Laxmana Do Re Mi, Anak Bapak, Gerimis (1968) dan Ahmad Albab. Paling menarik, dalam filem itu, Tompel sering memikul watak sebagai bapa kepada P Ramlee.
Sebenarnya banyak babak A R Tompel dengan P Ramlee sering menarik perhatian penonton. Wataknya seperti Mashood dalam filem Ahmad Albab, sebagai Bakar menerusi filem Keluarga 69, sebagai Amore atau Re untuk filem Do Re Mi akan terus menjadi ingatan kepada penonton.
A R Tompel meninggal dunia pada 1973 kerana kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dikatakan terus menjadi sumber inspirasi kepada beberapa karyawan hari ini.
Pengarah filem, U-Wei Saari antara karyawan filem sekarang yang mengakui kehandalan dan ketokohan AR Tompel.
Sepanjang riwayatnya, Tompel dikatakan pernah berkahwin tujuh kali, tetapi hanya lima isterinya yang dikesan iaitu P Suriati, Saloma, Jah Ismail, Ruminah Sidek dan Zainab serta mempunyai anak yang diketahui seramai 18 orang.
Perkahwinannya dengan Suriati lahirlah Armaya Aman Ramlie atau AR Badul, bersama Saloma (berkahwin pada 1952) mempunyai seorang zuriat iaitu Armali Aman Ramlie, manakala antara anaknya dengan Mak Mah (berkahwin pada 1960) pula ialah Adlin Aman Ramlie.
ps: Ar badul ada sorang lagi adik , amran tompel , dulu selalu berlakon juga..
PROFIL: A R Tompel
Nama Sebenar: Aman Ramli Jaafar
Lahir: 1917
Asal: Indonesia
Kerjaya: Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon
Filem Arahan: Perkahwinan Rahsia, Norma, Sesal Tak Sudah, Chinta Murni, Sehati Serasa, Seniati dan Abu Nawas
Filem Lakonan: (antaranya) Nilam, Aloha, Rachun Dunia, Dewi Murni, Bapa Saya, Pulau Mutiara, Tun Tijah, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laxamana Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69 dan Gerimis.
kredit to : arkib berita harian dan sumber2 lisan dari cerita pakcik makcik org dulu2
06 Ogos, 2006 17:11 PM
Anak Seniman A.R. Tompel, Armali Aman Ramli Meninggal Dunia
TAMPIN, 6 OGOS (BERNAMA) -- Anak tunggal seniman A.R. Tompel dan biduanita Saloma, Armali Aman Ramli, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, di sini.
Pemuzik bebas itu berumur 53 tahun.
Menurut isteri ketiga Allahyarham, Melor Muhammad, 56, Allahyarham mengejutkannya pada kira-kira pukul 2.30 pagi kerana mengadu sakit dada.
"Lepas itu dia kata dia hendak pergi ke hospital tetapi tidak lama lepas itu, saya tengok dia terbaring di ruang tamu berpeluh-peluh dan mendapati sudah tidak bernafas lagi pada kira-kira pukul 2.45 pagi," katanya.
Bersama Melor, Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Mohd Elfiriduan, 10, dan Mohd Aieman Haikal, 5.
Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dua kali dan mendapat dua anak lelaki berumur 29 tahun dan 24 tahun.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Belang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi.
-- BERNAMA
JiraiyaSama
12-10-2007, 12:50 AM
Oleh Norhadiani Bahrom
ARMALI Aman Ramli, satu-satunya waris biduanita Puan Sri Saloma, dilahirkan di Singapura pada 13 Mac 1953. Beliau adalah anak tunggal hasil perkongsian hidup Saloma dengan pelakon dan pelawak A.R.Tompel.
Selain Armali, Saloma tidak pernah mempunyai anak lain meskipun mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri P Ramlee selepas bercerai dengan Tompel.
Kini, giliran Armali menyahut seruan Ilahi apabila tepat jam 2.45 pagi Ahad lalu, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, Tampin, Negeri Sembilan kerana diserang sakit jantung
Sebelum itu, arwah berusia 53 tahun sempat menyaksikan pertandingan Akhir Akademi Fantasia musim keempat (AF4). Apabila peserta kegemarannya, Farhan tidak menang, Armali meminta isterinya menghubungi juri tetap AF4, Adlin Aman Ramli yang juga adiknya untuk bertanyakan hal itu.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu Belang pada jam 11 pagi, kelmarin.
Arwah yang berpengalaman lebih 30 tahun bermain muzik, meninggalkan isteri, Melor Muhammad dan dua anak, Mohd Elfiriduan, 10 dan Mohd Aieman Haikal, 5. Lokasi terakhir arwah bermain muzik di A Famosa bersama Ito Bules Gangs.
Armali pada pandangan abangnya, AR Badul, 55, seorang yang berbakat besar dalam muzik dan nyanyian. Badul adalah anak Tompel bersama isteri pertamanya, T Suriati.
“Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah ibaratnya Armali kerana dia mewarisi bakat ibunya.
“Dia boleh menyanyi, bermain muzik malah menguasai pelbagai instrumen seperti gitar, drum dan keyboard.
“Armali pada zaman remajanya sangat bijak kerana dia pandai berbahasa Inggeris dan Cina,” kata Badul ketika dihubungi, semalam.
Katanya, walaupun mereka saudara kandung (cuma berlainan ibu), hubungan mereka tidak rapat seperti adik-beradik yang lain kerana Armali dibesarkan Saloma dan P Ramlee.
“Arwah menetap di Singapura manakala saya serta adik-beradik yang lain kebanyakannya tinggal di Malaysia. Tapi arwah bapa ada bercerita pada kami yang dia punya seorang anak dengan Saloma iaitu Armali.
“Kalau tak silap saya ketika usia 17. Itulah pertama kali bertemu Armali. Memandangkan dia anak penyanyi terkenal dan orang senang, arwah tidak bergaul dengan saya yang masa itu bekerja di belakang pentas.
“Boleh dikatakan Armali lebih rapat dan berat kepada keluarga P Ramlee. Walau bagaimanapun keadaan mula berubah apabila masing-masing sudah besar.
“Saya masih ingat lagi, sewaktu menjalani penggambaran Pagar Pagar Cinta di Jalan Pahang awal tahun 80-an, dia datang hendak meminjam wang katanya untuk membayar rumah dan kereta. Saya juga sempat makan dengannya,” kata Badul.
Badul menambah, apabila Armali mengambil keputusan berkahwin dengan Melor Muhammad yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, hubungannya dengan adik-beradik yang lain menjadi rapat.
BEBERAPA tahun lalu, semua 23 orang anak Tompel termasuk Armali diundang memeriahkan hari keluarga Tompel.
Selain T Suriati dan Saloma, Tompel juga berkahwin dengan Azizah Ismail (isteri ketiga) dan mendapat 18 anak, Mak Mah (keempat) dengan dua anak dan Samsiah (kelima) seorang. Bersama Suriati empat anak dan Saloma (seorang).
“Selepas majlis itu, hubungan kami bertambah baik. Semua adik-beradik gembira melihat arwah sudah berubah. Sejak berkahwin, dia bukan saja menjadi manusia yang baik tapi bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
SUMBER
No comments:
Post a Comment