Thursday, April 9, 2015

PETUA DAN CARA KEKALKAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

gambar kartun muslimah photo: kartun kartunmuslimah.jpg
 
Petua : Bahagianya Berumahtangga . Kahwin memang seronok, seronoklah kalau tidak timbul masalah, sesekali diuji rasa juga marahnya. Namun bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rumah tangga. Indahnya Rumahtangga bukan hanya dimulut, namun ia haruslah datang dari hati yang benar-benar ikhlas.

Jadilah pasangan yang terbaik kepada pasangan kita. Bukan setakat kepada pasangan sahaja, tetapi juga kepada seluruh ahli keluarga pasangan dan saudara maranya. Percayalah bahawa seorang suami itu akan lebih menyanyangi isterinya apabila isterinya dapat terima kehadiran orang di sekeliling beliau dengan baik.

Kadang-kadang suami diam, berubah sikap dna perangai, kita bertanya kenapa dan mengapa, inilah masanya kita semak diri, suami mungkin terasa hati dengan kita kerana kita gagal mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarganya. Suami memang tak cakap, sebab itulah lelaki, kita sebagai isteri kena memahaminya.


Cara Kekalkan Bahagia Rumah Tangga


1- Sentiasa buat kerja bersama-sama, sentiasa makan dalam satu pinggan, jalan berpegangan tangan dan mandi bersama-sama.
 
2- Amalkan tidur di atas lengan suami. Praktikkan berjalan dibelakang sebelah kanan bahu suami tanda kita sebagai isteri yang penyayang..
 
3- Sentiasa mewangikan badan untuk suami.
 
4- Jadilah isteri yang hangat buat suami, pasti suami asyik melekat dirumah.
 
5- Sesekali, ubahlah gaya rambut anda supaya suami tidak jemu menatapnya.
 
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
 
7- Jika terjadi pergaduhan cepat-cepat  ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
 
8-Duhai suami, jika ingin sakitkan hati isteri, kenangkan balik  jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak anda.
 
9- Sekiranya berlaku penceraian [bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja] jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu rujuk kembali.
 
10- Jadilah menantu yang berbaiksangka dan ramah dengan keluarga mertua, mana tahu, jika ada masalah dengan anak mereka nanti, bolehlah anda merujuk kepada mereka.
 
11- Penting buat suami jangan terlalu mementingkan hobi seperti memancing sehinggakan selalu tinggalkan isteri dirumah. Ingat, anda bukan lagi bujang, tapi sudah jadi suami orang.
 
12- Isteri pula janganlah sibuk berpesatuan sana sini, bermlm sana sini , hinggakan makan pakai suami terabai.
 
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
 
14- Jadilah isteri yang berhias hanya untuk suami, jangan dalam rumah macam kelawar tapi bila nak keluar rumah macam model.
 
15- Sentiasa menjawab dan melayan suami dengan lembut dan senyuman.
 
16- Walaupun sudah tua dan amat sayangkan cucu, janganlah sesekali tinggalkan pasangan kerana mahu tidur denfan cucu.
 
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing- masing menegakkan pendapat sendiri.
 
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
 
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
 
20- Jangan paksa anak-anak mengikut telunjuk kita, tapi berbicara dan berbincanglah dengan anak-anak mengenai minat dna cita-cita mereka.
 
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
 
22- Keluarga islam yang indah, jika boleh amalkan 2 waktu untuk sembahyang jemaah, ini dapat merapatkan hubungan dan kemesraan.
 
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

sumber 

No comments: