
Jerung yang sepanjang 15 kaki ini merupakan jerung dewasa ditemui mati terdampar di pantai Barangay Marigondon di antara wilayah Albay dan Masbate .

Berdasarkan catatan jerung ini hanya pernah 64 kali dijumpai sebelum ini dan saintis beranggapan ia adalah makhluk yang sukar untuk dikaji.

Jerung megamouth merupakan hidupan dasar laut yang memakan ikan kecil dengan membuka rahang dan mulutnya yang besar untuk menangkap mangsanya.

Bercakap kepada The Washington Post, Christopher Bird, pelajar Ph.D. yang mengkaji tentang jerung laut di Universiti Southampton di England, berkata kita hanya tahu begitu sedikit tentang jerung ini.
"Ia pernah ditemui kali petama pada tahun 1976 apabila jerung jenis Megamouth tersebut terperangkap dalam pukat nelayan."
"Ia hanya satu misteri," katanya.
Jerung Megamouth boleh mencapai panjang maksimum 17 kaki (5.2 meter) dengan jangka hayat 100 tahun.

Biro Perikanan dan Sumber Akuatik di wilayah Albay akan menyiasat untuk menentukan punca kematian jerung tersebut.
sumber
No comments:
Post a Comment