
agak lama rasanya tidak mendengar khabar seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin, 80 yang mengalami penyakit alzheimer sejak empat tahun lalu.
melihat gambarnya kini menerusi c2sini.blogspot.com agak terkejut sedikit kerana beliau terlalu kurus akibat uzur

Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, memberitahu suaminya sukar mengingati perkara-perkara lalu namun tidak pernah berhenti daripada memikirkan soal pekerjaannya.
"Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius.
"Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke Finas untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya," ujar Halijah.
Sama-sama kita doakan agar Tan Sri Jins sentiasa diberi kesihatan untuk terus bersama keluarga nya.
Jins Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin dilahirkan pada 5 November 1935, tahun ini berusia 80 tahun dan berjaya menjadi pelakon atas bimbingan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada sekitar 50-an dan 70-an.
sumber dari c2sini.blogspot.com
No comments:
Post a Comment