assalamualaikum...
hari ini saya nak cerita sikit bab roti jala rainbow ni...
macam mana saya boleh terfikir nak jual roti jala berwarna warni ni?
ini semua kerana semangat berkobar kobar untuk berniaga sampaila saya terfikir nak berniaga roti jala ini..
ikutkan idea roti jala berwarna warni ini dah lama berada di 'en google' saya ingat sayala orang pertama yang buat kaler maler ni,rupanya dh dari 2011 lagi dah ada di google cuma saya yang terlepas pandang bab ini..kerana masa tu tak timbul lagi nak berniaga..
jadi dengan niat hati yang ikhlas mencari rezeki kerana Allah Taala..bermulala episod berniaga roti jala rainbow ini...
mula berniaga saya buat 2 kuah yang terdiri dari kari ayam dan juga kuah manis durian(ikut musim)..
kari ayam mewah dengan potongan ubi kentang serta isi ayam ditambah dengan kuah yang pekat amat menyelerakan
kuah durian juga saya masak menepati citarasa saya sendiri..kurang manis tapi semestinya berlemak dan berkrim begitu enak dimakan
berbaloi dengan harganya iaitu 5gulung rm2 sahaja..
insyaallah sedap kerana niat saya mencari rezeki kerana Allah Taala..
mari ramai2 jom beli dan rasa..puas hati bagitahu
kawan2 tak puas hati bagitahu kami..
insyaallah kami bagi anda puas hati makan roti jala rainbow ini..
Tuesday, May 26, 2015
Thursday, April 9, 2015
BUAT DUIT ONLINE TERMUDAH 2015
Adf.ly merupakan website yang menyediakan khidmat memendekkan URL atau Link sama seperti bit.ly dan goo.gl tapi sedikit berbeza iaitu anda boleh membuat duit dengan setiap link yang anda pendekkan! Sekarang terdapat banya website yang menyediakan khidmat memendekkan url sama ada untuk meringkaskan URL yang panjang atau untuk tujuan menyembunyikan URL sebenar. Tapi hanya beberapa website sahaja yang boleh digunakan untuk membuat duit online seperti Adf.ly, zPag.es dan Adfoc.us . Adf.ly adalah yang paling singkat masa di ruangan ads dan paling rendah nilai withdrawal. Anda boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan untuk mendapatkan hasil yang lumayan anda perlu kaji dan pelajari selok belok mengenai program ini. Kami yakin, dari semasa ke semasa, hasil anda pasti akan meningkat.
Bagaimana Adf.ly Berfungsi?
Seperti yang dijelaskan tadi, Adf.ly adalah penyedia khidmat memendekkan URL di mana ia juga turut menyertakan iklan pada setiap link atau URL yang anda pendekkan. Dari situlah anda akan menjana pendapatan. Iklan tersebut akan muncul untuk 5 saat dan selepas itu anda boleh klik “Skip Ads” untuk ke URL atau laman web sebenar. Setakat ini, jumlah yang akan anda perolehi ialah sekitar $0.50 – $4.70 untuk setiap 1000 view. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh membuat duit online dengan adf.ly;
1. Dengan Menayangkan Interstitial Ads. Menayangkan interstitial ads pada link anda adalah cara yang paling menguntungkan anda kerana iklan yang ditayangkan adalah full-screen sebelum pelawat link anda boleh ke website sebenar. Iklan tersebut akan muncul untuh tempoh 5 saat sebelum link Skip ads muncul untuk pelawat pergi ke URL sebenar. Klik sini untuk contoh
2. Dengan Menggunakan Framed Banner. Menggunakan cara ini, lebih selesa untuk para pelawat kerana iklan yang disiarkan adalah berbentuk banner dan tidak memenuhi screen. Walau bagaimana pun, hasilnya kurang berbanding cara pertama tadi. Klik sini untuk contoh
Bagaimana Untuk Menjana Wang Lebih Banyak Dengan Adf.ly?
Baiklah, di sini kami terangkan cara sebenar bagaimana untuk menjana $50 sebulan dengan menggunakan Adf.ly. Jika anda rajin, anda mampu menjana lebih dari $50 sebulan. Sebelum itu, jangan terpengaruh jika ada yang mengatakan anda boleh jadi jutawan dengan program ini. Bagi kami, program ini adalah sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.
Membuat Post Di Forum. Jika anda biasa berforum online, tugas ini
lebih mudah untuk anda. Terdapat banyak forum online membincangkan
pelbagai topik dan mempunyai jutaan pelawat sebulan.
Antara forum yg anda boleh cuba adalah:
Gempak.org
Syok.org
Sempoi.org
Katalah, anda mahir menggunakan Photoshop atau mahir menggunakan Kamera Digital, anda boleh mendaftar di forum – forum yang berkaitan dengan photoshop dan digital camera. Anda boleh berkongsi gambar – gambar menarik dengan create adf.ly link ke gambar atau apa – design yang menarik kepada ahli forum yang lain. Anda boleh create thread atau topik misalnya “Logo percuma untuk website anda atau template percuma untuk blog anda”. Letakkan sedikit penerangan dan sedikit gambar yang berkaitan. Kemudian anda pendekkan link ke logo atau template percuma tadi menggunakan Adf.ly. Jika anda sangat aktif melakukan kaedah ini, anda pasti mendapat ribuan klik ke link Adf.ly anda. Anda perlu mendaftar di seberapa banyak forum berkaitan yang boleh dan lagi bagus jika forum tersebut mempunyai ramai ahli.
Untuk meningkatkan lagi hasilnya, kami sarankan anda daftar di forum berbahasa Inggeris kerana pasarannya adalah di seluruh dunia. Anda boleh berkongsi apa sahaja yang disukai ramai seperti ebook, software, movie, game dan macam – macam lagi.
Upload Video Ke Youtube. Youtube adalah cara yang sangat popular untuk buat duit online dan boleh juga diaplikasi untuk menbuat duit online menggunakan Adf.ly. Jika anda tahu membuat video, anda boleh buat video tentang software baru, lagu baru, sesuatu yang hangat, video panduan membuat kek, dan sebagainya. Kemudian anda letakkan link untuk mereka mendapaktan video tersebut di ruangan description dan jangan lupa, link tersebut mestilah dipendekkan dengan Adf.ly. Disebabkan video adalah cara yang sangat berkesan untuk anda mendapatkan traffic atau pelawat dengan beretusan, maka anda boleh membuat seberapa banyak video yang boleh serta muat naik di youtube dan video sharing site yang lain. Anda pasti akan mendapat beribu – ribu klik ke link Adf.ly anda. Lagi banyak video yang anda upload, lagi banyaklah duit yang anda mampu buat.
Antara forum yg anda boleh cuba adalah:
Gempak.org
Syok.org
Sempoi.org
Katalah, anda mahir menggunakan Photoshop atau mahir menggunakan Kamera Digital, anda boleh mendaftar di forum – forum yang berkaitan dengan photoshop dan digital camera. Anda boleh berkongsi gambar – gambar menarik dengan create adf.ly link ke gambar atau apa – design yang menarik kepada ahli forum yang lain. Anda boleh create thread atau topik misalnya “Logo percuma untuk website anda atau template percuma untuk blog anda”. Letakkan sedikit penerangan dan sedikit gambar yang berkaitan. Kemudian anda pendekkan link ke logo atau template percuma tadi menggunakan Adf.ly. Jika anda sangat aktif melakukan kaedah ini, anda pasti mendapat ribuan klik ke link Adf.ly anda. Anda perlu mendaftar di seberapa banyak forum berkaitan yang boleh dan lagi bagus jika forum tersebut mempunyai ramai ahli.
Untuk meningkatkan lagi hasilnya, kami sarankan anda daftar di forum berbahasa Inggeris kerana pasarannya adalah di seluruh dunia. Anda boleh berkongsi apa sahaja yang disukai ramai seperti ebook, software, movie, game dan macam – macam lagi.
Upload Video Ke Youtube. Youtube adalah cara yang sangat popular untuk buat duit online dan boleh juga diaplikasi untuk menbuat duit online menggunakan Adf.ly. Jika anda tahu membuat video, anda boleh buat video tentang software baru, lagu baru, sesuatu yang hangat, video panduan membuat kek, dan sebagainya. Kemudian anda letakkan link untuk mereka mendapaktan video tersebut di ruangan description dan jangan lupa, link tersebut mestilah dipendekkan dengan Adf.ly. Disebabkan video adalah cara yang sangat berkesan untuk anda mendapatkan traffic atau pelawat dengan beretusan, maka anda boleh membuat seberapa banyak video yang boleh serta muat naik di youtube dan video sharing site yang lain. Anda pasti akan mendapat beribu – ribu klik ke link Adf.ly anda. Lagi banyak video yang anda upload, lagi banyaklah duit yang anda mampu buat.
Membuat Link Kepada Sesuatu Yang Menarik Setiap Hari. Jika anda aktif menggunakan website seperti Facebook, Twitter, Myspace atau mana – mana website sosial yang lain, anda juga boleh buat duit online dengan Adf.ly. Secara ringkasnya, lebih banyak link yang anda buat, maka lebih banyak duit yang anda mampu buat. Letakkan atau kongsikan link – link ke website yang mempunyai pengunjung yang ramai. Link tersebut biasanya akan kekal selama – lamanya dan anda juga berpotensi untuk mendapatkan wang secara beterusan. Walau bagaimanapun, jangan meletakkan link anda di IM seperti YM dan sebagainya kerana anda tidak akan mendapat apa – apa dan mungkin akaun adf.ly anda boleh dibatalkan.
Ciri – Ciri Tambahan Menarik Adf.ly
Adf.ly adalah website yang sangat bagus dan ada sesuatu yang menjadikannya bagus. Ini termasuklah interface yang user friendly dan mudah difahami walaupun untuk mereka yang masih baru. Adf.ly juga mempunyai forum dimana anda boleh berkomunikasi dan bertanyakan soalan kepada admin dan ahli – ahli yang lain serta melihat testimonial dan bukti pendapatan. Ini untuk membuktikan bahawa website ini bukanlah SCAM dan ia memang betul. Anda juga akan mendapat laporan terperinci tentang prestasi link anda seperti jumlah klik, dari mana pelawat datang (seluruh dunia), dan jumlah pendapatan anda. Apa pun, yang paling penting, anda hanya memerlukan payout yang kecil iaitu hanya $5.00 sebelum anda boleh transferkan ke akaun paypal anda.

* Dapat lebih daripada $4.00 per 1000 klik
* Semua iklan adalah umum & tiada pop-up
* Boleh melihat statistik berapa klik untuk setiap link/url
* Serendah $5.00 untuk transfer ke paypal
* Link/url menjadi pendek & tidak memerlukan ruang yg panjang
* Cuma 5 saat "skip ads"
* Copy, paste, shrink, copy, paste = dapat duit
KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR
SUMBER
PETUA DAN CARA KEKALKAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
Petua : Bahagianya Berumahtangga .
Kahwin memang seronok, seronoklah kalau tidak timbul masalah, sesekali
diuji rasa juga marahnya. Namun bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi
tergigit, inikan pula rumah tangga. Indahnya Rumahtangga bukan hanya dimulut, namun ia haruslah datang dari hati yang benar-benar ikhlas.
Jadilah pasangan yang terbaik kepada pasangan kita. Bukan setakat kepada pasangan sahaja, tetapi juga kepada seluruh ahli keluarga pasangan dan saudara maranya. Percayalah bahawa seorang suami itu akan lebih menyanyangi isterinya apabila isterinya dapat terima kehadiran orang di sekeliling beliau dengan baik.
Kadang-kadang suami diam, berubah sikap dna perangai, kita bertanya kenapa dan mengapa, inilah masanya kita semak diri, suami mungkin terasa hati dengan kita kerana kita gagal mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarganya. Suami memang tak cakap, sebab itulah lelaki, kita sebagai isteri kena memahaminya.
Jadilah pasangan yang terbaik kepada pasangan kita. Bukan setakat kepada pasangan sahaja, tetapi juga kepada seluruh ahli keluarga pasangan dan saudara maranya. Percayalah bahawa seorang suami itu akan lebih menyanyangi isterinya apabila isterinya dapat terima kehadiran orang di sekeliling beliau dengan baik.
Kadang-kadang suami diam, berubah sikap dna perangai, kita bertanya kenapa dan mengapa, inilah masanya kita semak diri, suami mungkin terasa hati dengan kita kerana kita gagal mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarganya. Suami memang tak cakap, sebab itulah lelaki, kita sebagai isteri kena memahaminya.
Cara Kekalkan Bahagia Rumah Tangga
1- Sentiasa buat kerja bersama-sama, sentiasa makan dalam satu
pinggan, jalan berpegangan tangan dan mandi bersama-sama.
2- Amalkan tidur di atas lengan suami. Praktikkan berjalan
dibelakang sebelah kanan bahu suami tanda kita sebagai isteri yang penyayang..
3- Sentiasa mewangikan badan untuk suami.
4- Jadilah isteri yang hangat buat suami, pasti suami asyik
melekat dirumah.
5- Sesekali, ubahlah gaya rambut anda supaya suami tidak jemu
menatapnya.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah
tangga.
7- Jika terjadi pergaduhan cepat-cepat ingat kembali kenangan
manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Duhai suami, jika ingin sakitkan hati isteri, kenangkan
balik jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak anda.
9- Sekiranya berlaku penceraian [bagi
pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja] jangan mudah menghalau
isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat
untuk bersatu rujuk kembali.
10- Jadilah menantu yang berbaiksangka dan ramah dengan
keluarga mertua, mana tahu, jika ada masalah dengan anak mereka nanti, bolehlah
anda merujuk kepada mereka.
11- Penting buat suami jangan terlalu mementingkan hobi seperti
memancing sehinggakan selalu tinggalkan isteri dirumah. Ingat, anda bukan lagi
bujang, tapi sudah jadi suami orang.
12- Isteri pula janganlah sibuk berpesatuan sana sini, bermlm
sana sini , hinggakan makan pakai suami terabai.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada
pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Jadilah isteri yang berhias hanya untuk suami, jangan dalam
rumah macam kelawar tapi bila nak keluar rumah macam model.
15- Sentiasa menjawab dan melayan suami dengan lembut dan
senyuman.
16- Walaupun sudah tua dan amat sayangkan cucu, janganlah
sesekali tinggalkan pasangan kerana mahu tidur denfan cucu.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan
bertengkar dan masing- masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami
disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan
indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai
penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa
berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Jangan paksa anak-anak mengikut telunjuk kita, tapi
berbicara dan berbincanglah dengan anak-anak mengenai minat dna cita-cita
mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan
jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran
dan tempat percutian.
22- Keluarga islam yang indah, jika boleh amalkan 2 waktu untuk
sembahyang jemaah, ini dapat merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau
diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan
melahirkan generasi seterusnya.
sumber
sumber
Label:isu semasa,
CARA BAHAGIAKAN SUAMI,
KELUARGA BAHAGIA,
PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA,
RUMAHTANGGA
Wednesday, April 8, 2015
ABAM BOCEY DIPERLAWA OLEH KEVIN ZAHRIN UNTUK BANTU KURUSKAN BADAN

Abam pada malam tersebut telah merangkul angurah Pelawak Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2014 mengalahkan pelawak hebat yang lain.

Kata-kata spontan Abam itu nampaknya telah menarik perhatian personaliti TV dan juga jurulatih kecergasan, Kevin Zahri untuk memberikan pandangannya yang tersendiri mengenai isu ini.
Menurutnya Kevin, melihat Abam Bocey mengingatkannya kepada arwah Bob Kuman yang pernah datang meminta bantuan menurunkan berat badan.
Kevin turut mengakui cabaran yang bakal Abam hadapi selepas ini sekiranya mahu melakukan perubahan kerana sudah menjadi popular dengan imej berbadan besar dan menjadi pengasas kepada ayat Gemuk is Awesome.

“My sincere offer kepada Abam Bocey, mana-mana selebriti tanah air dan para pembaca pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya sedia untuk membantu anda, InsyaAllah,” tulisnya
SUMBER
Label:isu semasa,
ABAM BOCEY,
BIODATA ABAM BOCEY,
KUMPULAN BOCEY,
LATAR BELAKANG ABAM BOCEY
SEJARAH HIDUP AR TROMPEL YANG KITA TAK TAHU

assalammualaikum
sering kali kita melihat filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,tetapi kita jangan lupa bahawa selain dari beliau,ada lagi insan seni yang bernama AR Tompel.Pada sesiapa yang mengetahui sejarah hidup Allahyarham AR Tompel,boleh lah kongsi bersama-sama kerana saya begitu berminat utk mengetahuinya.
Nostalgia: Komedi Tompel keras, sinis
Jarang tersenyum walaupun sering membawa watak komedi
KADANG kala kita boleh keliru apabila melihat riak wajah AR Tompel dalam filem lakonannya. Kita berasakan filem seperti Keluarga 69 (1966), Anak Bapak (1966), Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Ahmad Albab (1968) dan Laxemana Do Re Mi (1972), hanya filem komedi semata-mata.
TRIO SERASI: Tompel (tengah) bersama P Ramlee dan
Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi.
Tetapi, sekiranya diamati cara lakonan, gerak geri dan mimik muka serta dialognya dia memang kelihatan serius. Dia jarang tersenyum atau ketawa dalam filem yang dibintanginya, sedangkan beliau melakonkan watak komedi. Ada yang berpendapat, corak komedi Tompel sebenarnya kasar, keras dan sangat sinis.
Dalam sejarah filem Melayu klasik, Tompel secara ringkasnya, bukanlah calang-calang orang.
Dilahirkan pada 1917 di Indonesia, Tompel, sebelum melangkah ke layar perak, sudah bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.
Nama sebenarnya, Aman Ramli Jaafar. Beliau mula terbabit dalam perfileman pada penghujung 1940-an dengan menyertai Malay Film Production (MFP) milik Shaw Brothers.
Antara filem awalnya ialah Nilam (1949), Aloha (1950), Rachun Dunia (1950), Dewi Murni (1950), Bapa Saya (1951) dan Pulau Mutiara (1951). Kebanyakannya sebagai pelakon pembantu iaitu pelawak atau penjarah (penjahat), tetapi pelawak dianggap paling serasi. Menjadi pelawak, beliau kerap digandingkan dengan pelakon komedi terkenal waktu itu seperti D Haris dan Siti Tanjung Perak.
Pada 1948, pengarah BS Rajhan membimbing Tompel dengan kerja sebagai penulis skrip dan pengarahan filem, serta berkawan baik kepada P Ramlee. Sejak itu, keinginannya untuk menjadi pengarah filem meluap-luap.
Peluang itu datang melalui studio baru ditubuhkan di Bukit Timah, Singapura iaitu Nusantara Film Production. Beliau menulis skrip dan mengarah filem Perkahwinan Rahsia pada 1951, sekali gus menjadi anak Melayu pertama pengarah filem Melayu di Singapura.
Sebelum mengarahkan Perkahwinan Rahsia, Nusantara Film mahu beliau mengarahkan filem Fatimah. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham dengan syarikat Nusantara mengenai bayaran, Tompel menarik diri daripada mengarahkan filem itu.
Filem Fatimah diserahkan kepada Haji Mahadi. Haji Mahadi kemudian menukar nama Fatimah itu kepada Permata Di Perlimbahan dan diterbitkan syarikat MFP.
Ini menjadikan Haji Mahadi anak Melayu pertama mengarahkan filem di MFP pada 1952. Dalam filem Permata Di Perlimbahan, Haji Mahadi memberi kesempatan kepada Nordin Ahmad dan Maria Menado sebagai pelakon utama.
Tompel secara senyap-senyap terus membantu Nusantara Filem sedangkan beliau masih ada kontrak dengan MFP. Beliau sempat mengarahkan enam filem, iaitu Norma (1951), Sesal Tak Sudah (1952), Chinta Murni (1952), Sehati Serasa (1953) dan Seniati (1953).
Bagaimanapun, tindakannya dapat dikesan dan dipanggil bertemu pegawai syarikat MFP. Beliau memutuskan untuk bersama Nusantara, menyiapkan filem arahannya.
Apabila Nusantara Film ditutup pada pertengahan tahun 50-an, Tompel menyepikan diri. Beliau kembali bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan.
Beliau kemudian muncul semula di layar perak pada awal 1960-an bersama penubuhan Merdeka Studio di Hulu Klang, Ampang. Di studio ini, Tompel berlakon filem Tun Tijah (1960), Keris Sempena Riau (1962) dan Selendang Merah (1962).
Pada tahun 1961, Tompel diberi peluang oleh Studio Merdeka mengarahkan filem komedi berjudul Abu Nawas. Filem ini diadaptasi daripada teks sastera Timur Tengah. Malangnya, filem itu tidak mendapat sambutan menyebabkan Tompel menyepikan diri sekali lagi.
Beliau membuat kemunculan semula di layar perak kali kedua pada 1966. Kali ini beliau bergandingan dengan P Ramlee dan Ibrahim Din. Kebetulan P Ramlee masih berminat menghasilkan filem ala-Bujang Lapok.
Lalu, Tompel menjadi sebahagian daripada orang penting P Ramlee. Bergandingan dengan Ibrahim Din, mereka menjadi trio untuk filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.
Sejak itulah Tompel sering menjadi pilihan P Ramlee dalam filem arahannya seperti Laxmana Do Re Mi, Anak Bapak, Gerimis (1968) dan Ahmad Albab. Paling menarik, dalam filem itu, Tompel sering memikul watak sebagai bapa kepada P Ramlee.
Sebenarnya banyak babak A R Tompel dengan P Ramlee sering menarik perhatian penonton. Wataknya seperti Mashood dalam filem Ahmad Albab, sebagai Bakar menerusi filem Keluarga 69, sebagai Amore atau Re untuk filem Do Re Mi akan terus menjadi ingatan kepada penonton.
A R Tompel meninggal dunia pada 1973 kerana kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dikatakan terus menjadi sumber inspirasi kepada beberapa karyawan hari ini.
Pengarah filem, U-Wei Saari antara karyawan filem sekarang yang mengakui kehandalan dan ketokohan AR Tompel.
Sepanjang riwayatnya, Tompel dikatakan pernah berkahwin tujuh kali, tetapi hanya lima isterinya yang dikesan iaitu P Suriati, Saloma, Jah Ismail, Ruminah Sidek dan Zainab serta mempunyai anak yang diketahui seramai 18 orang.
Perkahwinannya dengan Suriati lahirlah Armaya Aman Ramlie atau AR Badul, bersama Saloma (berkahwin pada 1952) mempunyai seorang zuriat iaitu Armali Aman Ramlie, manakala antara anaknya dengan Mak Mah (berkahwin pada 1960) pula ialah Adlin Aman Ramlie.
ps: Ar badul ada sorang lagi adik , amran tompel , dulu selalu berlakon juga..
PROFIL: A R Tompel
Nama Sebenar: Aman Ramli Jaafar
Lahir: 1917
Asal: Indonesia
Kerjaya: Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon
Filem Arahan: Perkahwinan Rahsia, Norma, Sesal Tak Sudah, Chinta Murni, Sehati Serasa, Seniati dan Abu Nawas
Filem Lakonan: (antaranya) Nilam, Aloha, Rachun Dunia, Dewi Murni, Bapa Saya, Pulau Mutiara, Tun Tijah, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laxamana Do Re Mi, Anak Bapak, Keluarga 69 dan Gerimis.
kredit to : arkib berita harian dan sumber2 lisan dari cerita pakcik makcik org dulu2
06 Ogos, 2006 17:11 PM
Anak Seniman A.R. Tompel, Armali Aman Ramli Meninggal Dunia
TAMPIN, 6 OGOS (BERNAMA) -- Anak tunggal seniman A.R. Tompel dan biduanita Saloma, Armali Aman Ramli, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, di sini.
Pemuzik bebas itu berumur 53 tahun.
Menurut isteri ketiga Allahyarham, Melor Muhammad, 56, Allahyarham mengejutkannya pada kira-kira pukul 2.30 pagi kerana mengadu sakit dada.
"Lepas itu dia kata dia hendak pergi ke hospital tetapi tidak lama lepas itu, saya tengok dia terbaring di ruang tamu berpeluh-peluh dan mendapati sudah tidak bernafas lagi pada kira-kira pukul 2.45 pagi," katanya.
Bersama Melor, Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Mohd Elfiriduan, 10, dan Mohd Aieman Haikal, 5.
Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dua kali dan mendapat dua anak lelaki berumur 29 tahun dan 24 tahun.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Belang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi.
-- BERNAMA
JiraiyaSama
12-10-2007, 12:50 AM
Oleh Norhadiani Bahrom
ARMALI Aman Ramli, satu-satunya waris biduanita Puan Sri Saloma, dilahirkan di Singapura pada 13 Mac 1953. Beliau adalah anak tunggal hasil perkongsian hidup Saloma dengan pelakon dan pelawak A.R.Tompel.
Selain Armali, Saloma tidak pernah mempunyai anak lain meskipun mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri P Ramlee selepas bercerai dengan Tompel.
Kini, giliran Armali menyahut seruan Ilahi apabila tepat jam 2.45 pagi Ahad lalu, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, Tampin, Negeri Sembilan kerana diserang sakit jantung
Sebelum itu, arwah berusia 53 tahun sempat menyaksikan pertandingan Akhir Akademi Fantasia musim keempat (AF4). Apabila peserta kegemarannya, Farhan tidak menang, Armali meminta isterinya menghubungi juri tetap AF4, Adlin Aman Ramli yang juga adiknya untuk bertanyakan hal itu.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu Belang pada jam 11 pagi, kelmarin.
Arwah yang berpengalaman lebih 30 tahun bermain muzik, meninggalkan isteri, Melor Muhammad dan dua anak, Mohd Elfiriduan, 10 dan Mohd Aieman Haikal, 5. Lokasi terakhir arwah bermain muzik di A Famosa bersama Ito Bules Gangs.
Armali pada pandangan abangnya, AR Badul, 55, seorang yang berbakat besar dalam muzik dan nyanyian. Badul adalah anak Tompel bersama isteri pertamanya, T Suriati.
“Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah ibaratnya Armali kerana dia mewarisi bakat ibunya.
“Dia boleh menyanyi, bermain muzik malah menguasai pelbagai instrumen seperti gitar, drum dan keyboard.
“Armali pada zaman remajanya sangat bijak kerana dia pandai berbahasa Inggeris dan Cina,” kata Badul ketika dihubungi, semalam.
Katanya, walaupun mereka saudara kandung (cuma berlainan ibu), hubungan mereka tidak rapat seperti adik-beradik yang lain kerana Armali dibesarkan Saloma dan P Ramlee.
“Arwah menetap di Singapura manakala saya serta adik-beradik yang lain kebanyakannya tinggal di Malaysia. Tapi arwah bapa ada bercerita pada kami yang dia punya seorang anak dengan Saloma iaitu Armali.
“Kalau tak silap saya ketika usia 17. Itulah pertama kali bertemu Armali. Memandangkan dia anak penyanyi terkenal dan orang senang, arwah tidak bergaul dengan saya yang masa itu bekerja di belakang pentas.
“Boleh dikatakan Armali lebih rapat dan berat kepada keluarga P Ramlee. Walau bagaimanapun keadaan mula berubah apabila masing-masing sudah besar.
“Saya masih ingat lagi, sewaktu menjalani penggambaran Pagar Pagar Cinta di Jalan Pahang awal tahun 80-an, dia datang hendak meminjam wang katanya untuk membayar rumah dan kereta. Saya juga sempat makan dengannya,” kata Badul.
Badul menambah, apabila Armali mengambil keputusan berkahwin dengan Melor Muhammad yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, hubungannya dengan adik-beradik yang lain menjadi rapat.
BEBERAPA tahun lalu, semua 23 orang anak Tompel termasuk Armali diundang memeriahkan hari keluarga Tompel.
Selain T Suriati dan Saloma, Tompel juga berkahwin dengan Azizah Ismail (isteri ketiga) dan mendapat 18 anak, Mak Mah (keempat) dengan dua anak dan Samsiah (kelima) seorang. Bersama Suriati empat anak dan Saloma (seorang).
“Selepas majlis itu, hubungan kami bertambah baik. Semua adik-beradik gembira melihat arwah sudah berubah. Sejak berkahwin, dia bukan saja menjadi manusia yang baik tapi bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
SUMBER
Label:isu semasa,
AR TROMPEL,
KAWAN BAIK P RAMLEE,
PELAKON MELAYU,
SEJARAH AR TROMPEL
Tuesday, April 7, 2015
SERIUS KENA BACA,PETANDA AWAL KANSER YANG KITA TIDAK SEDAR

SEBUT sahaja perkataan ‘kanser’ ramai mula membayangkan kesakitan dan risiko kematian akibat penyakit tersebut....
Namun apa yang lebih menakutkan, tidak ramai mengetahui diri mereka menghidap kanser sehinggalah ia sudah merebak dan hanya dikesan pada tahap akhir....
Kajian oleh pakar perubatan Barat menunjukkan terdapat lima gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin petanda awal kepada penyakit tersebut:
1. Batuk untuk tempoh yang lama dan suara serak
Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh dan disertai dengan darah, maka anda harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut....
2. Kesakitan yang berlarutan dan tidak dapat dijelaskan
Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya anda melakukan pemeriksaan. Contohnya jika anda mengalami sakit kepala berterusan, siapa tahu mungkin ia ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari...
3. Perubahan saiz tahi lalat
Jika anda melihat saiz tahi lalat pada kulit anda bertambah besar daripada saiz asal, apa kata anda lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?
4. Pendarahan abnormal
Pendarahan faraj yang tidak normal (di luar kitaran haid) boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus....
5. Penurunan berat badan yang tidak normal
Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, jika ia menurun secara tiba-tiba tanpa ada usaha seperti berdiet ataupun bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Segeralah rujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut....
SUMBER
Label:isu semasa,
CARA MENGHINDARI PENYAKIT KANSER,
CARA UBATI PENYAKIT KANSER,
PENYAKIT KANSER,
PETANDA AWAL KANSER
Monday, April 6, 2015
MALU KERANA GAMBAR MYKAD DI EDIT DAN DISEBAR KE LAMAN SOSIAL

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat.
“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.
Itulah permintaan seorang individu yang dikenali Hafizal berumur 27 tahun. Hafizal merayu pengguna media sosial seperti facebook supaya berhenti menyebarkan dan memuat naik gambar kad pengenalan atau Mykad beliau.
Gambar kad pengenalannya mula tersebar sejak akhir-akhir ini, yang memaparkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan status jantina khunsa.
Hafizal juga mengatakan dia berasa malu kerana Mykad beliau bukan sahaja dimuat naik di laman media sosial malah diedit sampai begitu sekali sebelum di muat naik.Ini kerana hafizal mengatakan dia hilang arah selepas gambar-gambar Mykad dibuat sebegitu rupa dan ramai kawan-kawan dan pelanggan hantar gambar tesebut kepada hafizal. Ini kerana dia mencari rezeki yang halal
Selain daripada itu hafizal juga mengatakan dia tidak menggangu orang kenapa hina dia sebegitu rupa
Hafizal turut meminta maaf jika ada yang berasa hati dan perasaan pihak dan mengesa mereka supaya menghentikan penyebaran gambar tersebut
“Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.
Komen-komen di Media SOSIAL Kebanyakan pembaca terharu dan melahirkan rasa simpati terhadap Hafizal yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.
SUMBER
Label:isu semasa,
KHUNSA,
MALU MYKADA DI EDIT,
pelik,
TERANIAYA
Sunday, April 5, 2015
KESEMUA 6 MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS TERKORBAN

KUALA LUMPUR: Berikutan nahas sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.
Kesemua keenam-enam penumpang sudah berjaya ditemui dan berdasarkan berita yang diterima kesemua mereka meninggal dunia.
BACA: Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas
Berdasarkan maklumat dari Twitter milik jabatan Bomba Penyelamat dan Harian Metro mengesahkan telah menemui kesemua mangsa.


KESEMUA MANGSA NAHAS HELICOPTER TELAH DITEMUI 8.15 malam #BOMBA

JAM 2015 KETUA BALAI SEMENYIH LAPOR MANGSA KE 6 TELAH DIJUMPAI DIBAWAH HELIKOPTER #BOMBA pic.twitter.com/LezMOVIX4X
— BOMBA (@bombaJBPM) April 4, 2015
6 mayat mangsa nahas helikopter di Semenyih petang tadi sudah ditemui dan akan dibawa keluar dalam masa sejam-Pengarah JBPM Selangor
— Harian Metro (@hmetromy) April 4, 2015
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan, kata Pengarah Bomba Selangor sambil menambah bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini.
Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.
Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya. -sumber
Saturday, April 4, 2015
Kanak-Kanak Maut jatuh dari Tingkat Dua Eskalator Kenanga Whosale City Mall

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun jatuh dari tingkat dua pusat membeli-belah Kenanga Wholesale City di 15:00 hari ini. Kanak-kanak tersebut meninggal serta merta Mangsa, Nurhayada Sofia Musa, telah bermain berdekatan dengan eskalator apabila kejadian itu berlaku pada 15:04, Bernama melaporkan. Memetik Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainol Samah, laporan itu berkata kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. "Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda unsur jenayah," Kanak-kanak Nurhayada Sofia telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, menurut laporan itu. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Terdahulu, Harian Metro melaporkan bahawa Nurhayada Sofia terpaksa pergi ke pusat membeli-belah dengan ibu bapanya. Menurut laporan itu, dia jatuh dari tingkat dua ke kawasan tempat letak kereta, lima tingkat bawah.
sumber
Label:isu semasa,
cuai,
jatuh escalator,
kanak kanak maut,
kemalangan
Friday, April 3, 2015
APA ITU GST? KESAN GST KEPADA MASYARAKAT

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?
Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
- Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
- Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
- Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN
Bil
|
Negara-Negara ASEAN
|
Tahun diperkenalkan
|
Kadar GST dikenakan
|
1
|
Indonesia
|
1984
|
10%
|
2
|
Filipina
|
1988
|
10%
|
3
|
Kemboja
|
1999
|
10%
|
4
|
Laos
|
2009
|
10%
|
5
|
Singapura
|
1999
|
7%
|
6
|
Thailand
|
1992
|
10%
|
7
|
Vietnam
|
1999
|
10%
|
8
|
Malaysia
|
2015
|
6%
|
9
|
Brunei
|
-
|
-
|
10
|
Myanmar
|
(Dalam kajian)
|
(Dalam kajian)
|
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum.
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.
Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.
Perkara
|
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
|
Barang makanan asas
|
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
|
Penggunaan Utiliti
|
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
|
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
|
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
|
Perkhidmatan pengangkutan
|
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
|
Perumahan
|
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
|
Kewangan
|
Perkhidmatan kewangan terpilih
|
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan.
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus.
Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi.
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.

Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala.
Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta.
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?
- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
- Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
- Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.
Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.
Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga.
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).
Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia
Bil
|
Negara-Negara OIC
|
Tahun diperkenalkan
|
% Kadar GST dikenakan
|
Bil
|
Negara-Negara OIC
|
Tahun diperkenalkan
|
Kadar GST dikenakan
|
1
|
Indonesia
|
1984
|
10%
|
14
|
Turkmenistan
|
1993
|
15%
|
2
|
Turki
|
1984
|
10%
|
15
|
Jordan
|
1994
|
16%
|
3
|
Maghribi
|
1986
|
20%
|
16
|
Mauritania
|
1995
|
14%
|
4
|
Pakistan
|
1990
|
16%
|
17
|
Tunisia
|
1998
|
18%
|
5
|
Mesir
|
1991
|
10%
|
18
|
Kyrgyztan
|
1999
|
20%
|
6
|
Kazakhstan
|
1991
|
12%
|
19
|
Chad
|
2000
|
18%
|
7
|
Mali
|
1991
|
18%
|
20
|
Sudan
|
2000
|
15%
|
8
|
Bangladesh
|
1991
|
15%
|
21
|
Kosovo
|
2001
|
16%
|
9
|
Benin
|
1991
|
18%
|
22
|
Lebanon
|
2002
|
10%
|
10
|
Algeria
|
1992
|
17%
|
23
|
Ethopia
|
2003
|
15%
|
11
|
Azerbaijan
|
1992
|
18%
|
24
|
Bosnia Herz
|
2006
|
17%
|
12
|
Uzbekistan
|
1992
|
20%
|
25
|
Tajikistan
|
2007
|
20%
|
13
|
Burkina Faso
|
1993
|
18%
|
26
|
Iran
|
2008
|
5%
|
Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary).
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
- Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
- Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
- Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
- Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
- Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
- Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Label:isu semasa,
APA ITU GST,
gst,
GST MENYUSAHKAN RAKYAT,
HALAL KE HARAM GST
Subscribe to:
Posts (Atom)